home Semasa Kuasa dunia gesa hentikan serangan di Timur Ghouta

Kuasa dunia gesa hentikan serangan di Timur Ghouta

 

ISTANBUL – Turki menggesa Rusia dan Iran menghentikan pengeboman terhadap penduduk awam di Timur Ghouta di Syria selepas lebih 400 orang terbunuh dalam tempoh sejak Ahad lalu.

Menteri Luar Turki, Mevlut Cavusoglu menyatakan kedua-dua negara tersebut perlu menghentikan siri pengeboman ke atas kubu kuat kumpulan militan tersebut bagi mengelak lebih banyak penduduk awam terkorban.

Selain itu, gesaan turut dibuat oleh Ketua Polisi Kesatuan Eropah (EU), Federica Mogherini yang mahu gencatan senjata dilakukan dan bantuan perubatan disalurkan segera ke wilayah tersebut.

“EU kehilangan kata-kata untuk menggambarkan perasaan serta keadaan penduduk awam di Timur Ghouta. Pembunuhan beramai-ramai ini perlu segera dihentikan,” katanya.

Sementara itu, Canselor Jerman, Angela Merkel dan Presiden Perancis, Emmanuel Macron juga meminta rakan sejawat mereka, Vladimir Putin untuk menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melakukan gencatan senjata serta-merta. – Utusan

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *