home Semasa Maqasid Syariah di sebalik perintah menutup aurat wanita

Maqasid Syariah di sebalik perintah menutup aurat wanita

 

MAQASID Syarak (kehendak Allah) di sebalik perintah menutup aurat wanita ada beberapa perkara:

1) Agar wanita kelihatan terhormat dan tidak menjadi objek untuk disakiti oleh lelaki yang berpenyakit hati. Wanita terhormat untuk lelaki terhormat, begitulah sebaliknya.

2) Sebagai satu ibadah dan pengabdian diri kepada Allah, bukan sebagai fesyen seumpama fesyen jubah bagi lelaki, bukan juga sebagai tradisi warisan nenek moyang sahaja.

3) Memelihara kerukunan rumahtangga kerana kecantikan isteri hanya milik suami.

4) Membataskan pergaulan lelaki dan wanita bukan mahram dari sudut mental, agar maksiat terhindar dari awal.

Di sebalik kulit, ada isi. Di dalam cawan ada air. Kulit menjaga isi, cawan menakung air. Tetapi apalah gunanya kulit tanpa isi, cawan tanpa air, kerana tujuan kita sebenarnya ialah mahukan isi dan air.

Begitulah syariat. Bertudung dan berhijab itu ibarat kulit dan cawan. Tetapi apalah gunanya tudung dan hijab, jika kita sengaja menayang dan menarik perhatian orang ke arah kita sebagai objek kecantikan.

Ibarat menudung makanan di tepi longgokan najis.

Ambillah Islam kesemuanya sebagai cara hidup, atau tinggalkan kesemuanya.

Ustaz Mohd Hazizi Ab Rahman

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

One thought on “Maqasid Syariah di sebalik perintah menutup aurat wanita

  1. Assalammualaikum ustaz yg dikasihi..saya ingin bertanya adakah mana2 ayat al-quran atau hadith yg menetapkan bahawa batas aurat waninta hanyalah muka dan kedua tapak tangan?..mohon penjelasan ustaz kerana ada orang mempertikaikan pengkhususan ini…jazakallah..assalammualaikum..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *