home Semasa Mesir buka sempadan Rafah empat hari

Mesir buka sempadan Rafah empat hari

 

KAHERAH – Mesir memutuskan membuka lintasan di sempadan Rafah yang menghubungkan Semenanjung Sinai dengan Semenanjung Gaza selama empat hari.

Kedutaan Palestin di Kaherah dalam satu kenyataan berkata, lintasan di sempadan itu akan dibuka di kedua-dua arah, bermula hari ini.

Bagaimanapun, pihak berkuasa Mesir tidak mengesahkan maklumat yang disampaikan dalam kenyataan kedutaan itu.

Mesir membuka sempadannya kali ketiga bagi tahun ini, selepas kali pertama pada 7 Februari lalu menyaksikan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh, menyeberanginya untuk ke Kaherah bagi berunding dengan para pegawai Mesir.

Lintasan di sempadan itu juga dibuka dari arah Mesir ke Gaza selama sehari pada Isnin lalu, bagi membenarkan rakyat Palestin yang terkandas pulang.

Semenanjung Gaza yang berdepan sekatan daripada rejim pengganas Israel hanya mempunyai tujuh lintasan sempadan menghubungkan rakyatnya dengan dunia luar.

Enam daripadanya dikuasai rejim Israel, dan hanya sempadan Rafah sahaja dikuasai Mesir, meskipun dikawal ketat selepas penggulingan bekas Presiden Mohamed Morsi dalam rampasan kuasa tentera pada 2013. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *