home Semasa Nelayan Palestin ditembak mati

Nelayan Palestin ditembak mati

 

GAZA – Seorang nelayan Palestin ditembak mati oleh tentera laut rejim pengganas Israel, manakala dua yang lain cedera, ketika mereka dalam perjalanan pulang ke pelabuhan Gaza, selepas menangkap ikan, semalam.

Ismael Abu Riyaleh, 18 tahun terbunuh, manakala Ahed Abu Ali dan Mahmoud Abu Riyaleh cedera dan ditangkap rejim Zionis, kata jurucakap Kesatuan Nelayan Palestin, Nizar Ayyash.

Pusat Hak Asasi Manusia Palestin berkata, semua serangan rejim pengganas Israel ke atas nelayan Palestin berlaku dalam lingkungan enam batu nautika dari pantai.

Jurucakap Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) pula berkata, pembunuhan nelayan Palestin oleh askar rejim pengganas Israel adalah jenayah kejam.

Mengutuk kejadian itu, Abdulatif al-Qanoo berkata, pembunuhan nelayan berkenaan adalah satu lagi jenayah terhadap penduduk Palestin yang berada dalam kepungan rejim pengganas Israel sejak 11 tahun lalu.

Di bawah Perjanjian Oslo, rakyat Palestin dibenar menangkap ikat dalam lingkungan 20 batu nautika dari pantai Gaza, tetapi sejak beberapa tahun lalu, rejim pengganas Israel menetapkan zon baru iaitu tidak lebih enam batu nautika.

Januari lalu, seorang nelayan Palestin, Abdullah Zeidan, ditembak mati oleh askar rejim Mesir. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *