home Semasa Peratus rakyat Amerika peluk Islam lebih tinggi dari Kristian: Pew Research

Peratus rakyat Amerika peluk Islam lebih tinggi dari Kristian: Pew Research

 

 

MENURUT Pew Research Center, 23% Muslim di Amerika adalah saudara baru yang memeluk Islam. Hanya 6% sahaja daripada kalangan Kristian Amerika merupakan penganut baru. Ini bermakna Kristian kehilangan lebih banyak penganut daripada kadar pemerolehan penganut baru. Kadar nisbah kehilangan Muslim (23%) berbanding pemerolehan saudara baru pula sama.

Daripada kalangan mereka yang memeluk agama Islam, majoritinya datang daripada latar belakang Kristian. Malah, hampir separuh daripada penganut baru (53%) merupakan bekas Protestant, 20% pula sebelumnya adalah Katolik. Dan 19% pula mengatakan bahawa mereka tidak memiliki agama sebelum memilih untuk memeluk Islam. Peratusan kecil lain yang memeluk Islam terdiri daripada Kristian Ortodoks, Buddha, Judaism dan lain-lain.

 

 

Apabila ditanya sebab apa mereka memilih menjadi Muslim, saudara baru tersebut memberi pelbagai penjelasan. ¼ mengatakan mereka lebih bersetuju dengan ajaran Islam berbanding agama lama, manakala 21% mengatakan bahawa mereka membaca teks agama atau mengkaji Islam sebelum memilih untuk menukar kepercayaan. Ada juga yang memberi alasan lain seperti mahu bersama dengan ukhuwah komuniti Islam (10%), perkahwinan atau hubungan (9%), diperkenalkan dengan aqidah Islam oleh rakan, atau mengikut ketua masyarakat (9%).

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, bilangan Muslim Amerika meningkat dengan konsisten, hampir 100 000 setiap tahun. Namun bilangan yang keluar dari Islam juga lebih kurang sama, menjadikan nisbah perkembangan Islam di Amerika untuk menjadi statik.

Mengenai Muslim Amerika yang memilih untuk meninggalkan Islam pula, majoriti besar kini menggelar diri mereka tidak beragama, ateis atau agnostik. 1 daripada 5 dari kalangan mereka menukar agama menjadi Kristian. 1 per 5 yang lain memilih agama dan kepercayaan lain, atau menganggap diri mereka ‘spiritual’.

Satu perkara yang paling ketara adalah sebilangan besar mereka yang meninggalkan Islam adalah imigran yang berbangsa Iran. Jumlah yang tinggi tersebut adalah kesan daripada peningkatan imigrasi dari Iran lantaran kesan Revolusi Iran tahun 1978 dan 1979.

Sumber: fakirilmu.com

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *