home Semasa Perkemas undang-undang selari Islam agama negara: Timbalan Mufti

Perkemas undang-undang selari Islam agama negara: Timbalan Mufti

 

BANGI – Timbalan Mufti Perak, Ustaz Zamri Hashim meminta kerajaan memperkemas undang-undang negara supaya ianya selari dengan kedudukan Islam agama Persekutuan.

Tindakan itu perlu katanya, bagi memelihara hak asasi golongan saudara baru (mualaf), sekaligus tidak menafikan hak mereka selepas memeluk Islam.

“Semua golongan perlu memahami dan menafsirkan undang-undang negara dalam kerangka Islam. Yang jelas Islam adalah tonggak asas negara ini yang sudah termaktub dalam Perlembagaan, tidak boleh dipertikai sama sekali,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.

Beliau berkata demikian susulan keputusan Mahkamah Persekutuan Isnin lalu, yang memutuskan penukaran agama tiga anak Muhammad Ridhuan Abdullah kepada Islam adalah terbatal dan tidak sah di sisi undang-undang kerana tidak mendapat persetujuan ibunya, M Indira Gandhi.

Mahkamah menegaskan bahawa Pendaftar Mualaf tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengeluarkan sijil penukaran agama kanak-kanak kepada Islam kerana tidak mematuhi Seksyen 96 (1) dan 106 (b) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Perak 2004.

Ini kerana, Seksyen berkenaan menetapkan seseorang mesti mengucapkan dua kalimah syahadah dalam bahasa Arab secara jelas dan dengan kerelaan sendiri, manakala kanak-kanak yang belum mencapai umur 18 tahun boleh memeluk Islam jika mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga.

Ustaz Zamri berkata, keputusan itu sebenarnya bertentangan dengan keputusan mahkamah sebelum ini membabitkan kes hampir sama pada tahun tahun 2007.

Jelas beliau, kes ini berlaku di Perak dan dalam pentadbiran enakmen agama di negeri mengikut Mazhab Syafie, anak kecil akan mengikut agama terbaik di kalangan ibu atau ayahnya.

Bermakna dalam kes ini, Islam adalah agama yang terbaik.

“Jika bercakap soal isu perlembagaan negara, ini bermakna dalam Mahkamah Persekutuan terdapat dua jenis keputusan iaitu satu keputusan hanya memerlukan salah seorang ibu atau ayah yang dipanggil ‘parent’ atau ‘guardian’.

“Tetapi, keputusan Mahkamah Persekutuan itu telah menafsirkan parent’ atau guardian’ sebagai kedua-dua ibu dan ayah,” katanya. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *