home Semasa Pindah kedutaan AS tanda isytihar perang: Hamas

Pindah kedutaan AS tanda isytihar perang: Hamas

 

TEBING BARAT – Pergerakan Hamas di Gaza menyifatkan tindakan Amerika Syarikat (AS) untuk memindahkan kedutaannya dari Tel Aviv ke Baitulmuqaddis pada Mei ini sebagai satu pengisytiharan perang.

Menurut pegawai Hamas, Sami Abu Zuhri, tindakan AS seolah-olah mengisytiharkan perang terhadap negara Arab dan Islam, oleh itu pentadbiran Donald Trump perlu menimbang semula langkah tersebut.

Turki berkata, langkah itu menjejaskan keamanan dan tindakan AS itu ‘amat membimbangkan’.

Sebelum ini, Palestin menuntut bahagian timur bandar terbabit sebagai ibu negaranya pada masa hadapan.

“Langkah ini tidak boleh di­terima, Sebarang tindakan sepihak tidak memberikan hak kepada sesiapa dan bakal menjadi halangan dalam usaha mewujudkan keamanan di rantau ini,” jelas jurucakap Presiden Mahmoud Abbas, Nabil Abu Rdainah.

Abbas sebelum ini turut menolak usaha damai Asia Barat diketuai oleh AS yang disifatkannya sebagai mustahil sejak Trump membuat keputusan untuk mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu kota Israel.

Tambah Nabil, satu-satunya cara untuk mencapai keamanan dan kestabilan ialah dengan mengambil kira cadangan Abbas yang dikemukakan kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) baru-baru ini iaitu persidangan antarabangsa perlu dijalankan bagi meneruskan semula rundingan damai dengan Israel.

Ekoran perkembangan terbaharu itu, pertempuran dilaporkan tercetus di Gaza dan Tebing Barat semalam, menyebabkan 25 rakyat Palestin cedera.

Pegawai kesihatan Palestin berkata, sekurang-kurangnya 20 orang penduduk, kebanyakan­nya di Gaza, telah terbunuh dalam bantahan menentang ke­putusan Trump sejak 6 Di­sember lalu. – Utusan

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *