home Semasa PLO tuntut Majlis Keselamatan PBB iktiraf Palestin ikut sempadan 1967

PLO tuntut Majlis Keselamatan PBB iktiraf Palestin ikut sempadan 1967

 

RAMALLAH – Jawatankuasa tertinggi Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) menuntut Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengiktiraf negara Palestin mengikut sempadan 1967.

Jawatankuasa itu juga memutuskan untuk merumuskan rancangan bagi menyingkirkan Israel, dari segi keselamatan dan ekonomi, termasuk mencapai perjanjian ‘Protokol Paris’.

Pada masa sama, jawatankuasa itu turut memutuskan bahawa kepimpinan Palestin akan meminta Mahkamah Jenayah Antarabangsa di The Hague menubuhkan suruhanjaya untuk menarik balik pengiktirafan Israel selagi Israel tidak mengiktiraf Palestin.

Bulan lalu, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas menyeru Kesatuan Eropah untuk mengiktiraf negara Palestin mengikut sempadan 1967 semasa sidang akhbar bersama dengan Ketua Dasar Luar Negara EU, Federica Mogherini di Brussels.

Presiden Palestin mengatakan bahawa mengiktiraf Palestin tidak akan menjadi penghalang kepada keamanan dan ia satu-satunya cara untuk mencapai perdamaian dengan Israel adalah melalui rundingan yang dijalankan secara antarabangsa. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *