home Semasa Universiti Harvard iktiraf ayat al-Quran sebagai ‘ekspresi keadilan terulung’

Universiti Harvard iktiraf ayat al-Quran sebagai ‘ekspresi keadilan terulung’

 

Fakulti Undang-undang Harvard, antara institusi undang-undang paling terkemuka dalam dunia, meletakkan ayat al-Quran al-Karim di pintu masuk fakultinya, dengan mengatakan ayat tersebut sebagai salah satu ekspresi keadilan terulung (Greatest Expressions of Justice) dalam sejarah.

Ayat 135 surah an-Nisa ditampalkan pada dinding berhadapan dengan pintu masuk utama fakulti tersebut, yang didedikasikan untuk frasa-frasa keadilan terbaik sepanjang sejarah:

 

 

“Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orangitu kaya atau miskin, kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.” (An-Nisa’: 135)

Menurut Saudi Daily, seorang pelajar Saudi yang belajar di Harvard memberitakan hal demikian apabila beliau memuatnaik gambar dinding tersebut ke laman Twitter miliknya.

“Saya perasan ayat tersebut di tampal oleh fakulti undang-undang, dan ia diperkenalkan sebagai salah satu ekspresi keadilan paling hebat dalam sejarah”

Ditubuhkan pada 1817, Harvard adalah universiti undang-undang tertua di US dan merumahkan perpustakan akademik undang–undang paling besar dalam dunia.

Menurut laman webnya, pameran Kata-Kata Keadilan adalah testimoni pengekalan kehendak manusia terhadap keadilan dan kesaksamaan melalui undang-undang. “Kata-kata pada dinding ini mengesahkan kuasa dan kemandirian nilai undang-undang”.

Terdapat berdozen kata-kata yang dipamerkan di fakulti undang–undang. Tiga yang paling gah adalah daripada St Augustine, Quran dan Magna Carta, menurut Fakulti undang-undang Harvard kata-kata ini menggambarkan kesejagatan konsep keadilan di sepanjang zaman dan kebudayaan.

Sumber: fakirilmu.com

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

 

 

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *