home Semasa 659 maut di Ghouta sebulan angkara rejim Assad, Russia

659 maut di Ghouta sebulan angkara rejim Assad, Russia

 

GENEVA – Sekurang-kurangnya 659 orang telah terkorban sejak 18 Februari dalam serangan di Ghouta Timur, lapor Pemantau Hak Asasi Manusia di Syria.

Pegawai kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, 400,000 orang di Ghouta Timur telah dikenakan hukuman kolektif yang tidak boleh diterima, dan menyalahi undang-undang di bawah Konvensyen Geneva.

Presiden Syria, Bashar al-Assad dalam satu kenyataan berkata, tenteranya perlu meneruskan kempen untuk merampas semula Ghouta Timur daripada pemberontak tanpa mempedulikan desakan masyarakat antarabangsa agar menghentikan segera pertumpahan darah.

Setakat ini, tentera rejimnya sudah menawan semula lebih daripada suku kawasan pinggir timur Damsyik selepas dua minggu melakukan pengeboman.

Bagaimanapun, PBB masih merancang untuk menghantar bantuan kemanusiaan yang sangat diperlukan penduduk Ghouta Timur ketika ini. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *