home Semasa Abbas ugut Hamas serahkan Semenanjung Gaza

Abbas ugut Hamas serahkan Semenanjung Gaza

 

GAZA – Presiden Palestin, Mahmoud Abbas sekali lagi menggesa Hamas agar menyerahkan kuasa di Semenanjung Gaza sepenuhnya kepada kerajaan.

“Jika Hamas tidak menyerahkan segala-galanya kepada kerajaan, ia akan menanggung akibat membanteras usaha Mesir,” katanya pada sidang akhbar ketika bertemu dengan Presiden Bulgaria, Rumen Radev.

Abbas menyerang Hamas dan mendakwa bahawa Semenanjung Gaza telah dirampas oleh kumpulan pengganas.

Terdahulu, Abbas secara langsung menuduh Hamas melancarkan serangan bom ke atas Perdana Menteri Rami Hamdallah di Gaza minggu lalu, mengancam sekatan baru terhadap pergerakan itu.

Abbas, sebelum ini mendakwa Hamas bertanggungjawab di atas serangan berkenaan kerana ia mengawal keselamatan di Gaza, namun kemudian menuduh ‘ia mendalangi serangan itu’.

Hamdallah tidak cedera dalam serangan 13 Mac lalu, yang menyaksikan bom tepi jalan meletup ketika konvoinya memasuki Gaza dalam apa yang disifatkan pegawai sebagai cubaan membunuh.

Bagaimanapun, Hamas mengutuk tuduhan itu dan menyifatkannya sebagai provokatif semata-mata. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *