home Semasa Israel desak percepat pindah kedutaan AS ke Baitulmaqdis

Israel desak percepat pindah kedutaan AS ke Baitulmaqdis

 

TEL AVIV – Israel tidak mahu berlengah dan berkeras mahukan bangunan kedutaan Amerika Syarikat (AS) ke Baitulmuqaddis dipindahkan pada Mei ini.

Menteri Kewangan Israel, Moshe Kahlon berkata, Tel Aviv sama sekali tidak membenarkan karenah birokrasi memperlahankan perpindahan bangunan kedutaan itu.

Katanya, langkah memindahkan bangunan berkenaan adalah kepentingan strategik kepada Israel, justeru pihaknya akan melakukan apa sahaja supaya ia berjalan seperti dijadualkan.

“Kami tidak akan membenarkan birokrasi melambatkan pemindahan ini,” katanya.

Walaupun melanggar dasar Amerika Syarikat selama beberapa dekad, Presidennya, Donald Trump tetap mahu mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel secara rasmi dan berjanji memindahkan kedutaannya dari Tel Aviv.

Status Baitulmaqdis kekal sebagai satu isu utama dalam konflik Israel-Palestin. Setakat ini, masyarakat antarabangsa keseluruhannya masih tidak mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *