home Semasa Kami tindak gentar Israel letup terowong: Hamas

Kami tindak gentar Israel letup terowong: Hamas

 

SEMENANJUNG GAZA – Tentera pengganas Israel melancarkan serangan udara terhadap kemudahan bawah tanah Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) di Semenanjung Gaza, semalam.

Rejim itu memusnahkan sebuah terowong berasingan yang sedang dalam pembinaan, menggunakan teknologi baharu bagi mengesan anggota pergerakan Islam berkenaan.

Jurucakap Hamas, Fawzi Barhoum menyifatkan tindakan pengganas Israel sebagai tidak bertanggungjawab dan menggesa Israel menanggung akibat yang dilakukan.

“Tindakan mereka ini seolah-olah cubaan untuk menakutkan semua rakyat Palestin. Percayalah kami tidak pernah gentar,” katanya.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan selepas bahan letupan diletupkan berhampiran sempadan Gaza dengan Tel Aviv.

Jurucakap tentera Israel, Jonathan Conricus mendakwa, Hamas mula menggali terowong baru untuk menghubungkan dengan terowong lama, di selatan penempatan Palestin.

Difahamkan, terowong baharu itu tidak sampai ke kawasan Israel, namun hanya beberapa ratus meter berdekatan Kerem Shalom dan di kawasan bandar Rafah, Semanjung Gaza. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

 

 

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *