home Semasa Kemuncak ‘genius’ adalah dengan beriman kepada Allah: Dr Yasir Qadhi

Kemuncak ‘genius’ adalah dengan beriman kepada Allah: Dr Yasir Qadhi

 

KEBIJAKAN akal atau ilmu yang ada pada seseorang namun akhirnya tidak membawa jiwa dan hatinya kepada mengenali hakikat kehidupan ini maka sebenarnya ianya adalah satu kerugian yang sangat besar.

“Pada kita sebagai seorang muslim tiada masalah untuk kita mengambil manfaat ilmu daripada mana-mana manusia cuma kita perlu sedar bahawa ilmu yang tidak bawa kepada keimanan adalah satu kerugian”

Dr Yasir Qadhi seorang pendakwah Islam terkenal berkata demikian dalam akaun facebooknya sebagai respon terhadap pemergian seorang saintis terkenal barat Stephen Hawking semalam.

Katanya lagi bahawa pernah satu masa seorang ulama Islam terkemuka, Al-Dhahabi pernah menulis satu surat terhadap seorang ahli akademik di Baghdad yang kuat mempersenda Islam dengan berbunyi:

“Allah menghina sesiapa yang padanya ada ilmu (yang banyak) namun tidak ada iman tetapi Allah mengangkat seorang manusia biasa (tidak banyak ilmu) namun pada dirinya ada keimanan”

Tambahnya kita hari ini perlu kembali sedar bahawa ‘kebijakan’ itu hanyalah suatu alat seperti mata, telinga dan bukan matlamat yang sepatutnya memandu kita selepas itu kepada sesuatu yang lebih besar.

“Apa gunanya seseorang itu ada mata yang sangat tajam penglihatan namun tidak digunakan untuk melihat perkara disekelilingnya? Bagitu juga apa guna kita mempunyai akal yang paling bijak jika akhirnya ia tidak membawa kita mengenali Tuhan yang menciptakan akal ini dan seluruh semesta ini”

Sumber: muis.org.my

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *