home Semasa Larang pakai hijab bercanggah UUD 1945 Indonesia

Larang pakai hijab bercanggah UUD 1945 Indonesia

 

JAKARTA – Pemerintah Indonesia perlu menghormati hak pemakaian hijab atau juga dikenali sebagai niqab bagi wanita muslim, sebagaimana yang terkandung dalam Undang-Undang Dasar (UUD) 1945 negara itu.

Setiausaha Agung Majlis Ulama Indonesia (MUI), Anwar Abbas berkata, berdasarkan Fasal 29 UUD 1945 menjamin hak ke atas setiap penduduk memeluk agama masing-masing, dan mengamalkan agama serta kepercayaan itu.

Beliau berkata, larangan pemakaian hijab yang dibuat oleh Universiti Islam Negeri (UIN) Sunan Kalijaga, Yogyakarta baru-baru ini, bukan sahaja bertentangan dengan agama, bahkan juga UUD 1945.

“Isu larangan hijab di Yogyakarta itu adalah dua perkara besar yang telah dilanggar sekali gus, iaitu agama dan UDD negara.

“Jadi, jika misalnya rakyat mahu memakai hijab, maka negara harus menghormati hak itu,” katanya seperti dilapor portal hidayatullah.com.

Beliau berkata demikian mengulas larangan yang dikuat kuasa UIN ke atas pelajar wanitanya, kononnya bagi mengelakkan merebaknya fahaman radikal di dalam kawasan kampus.

Menerusi larangan itu, mana-mana pelajar wanita boleh dikenakan tindakan dibuang daripada pengajian sekiranya didapati melanggar arahan berkenaan.

Sementara itu, Pengerusi Ikatan Cendekiawan Muslim Indonesia (ICMI), Jimly Asshiddiqie berkata, isu membabitkan pemakaian hijab di Indonesia sering menjadi polemik yang perlu dipandang serius.

Jimly menyifatkan keputusan pelajar wanita memakai niqab di kawasan kampus adalah hak asasi manusia yang perlu dihormati.

“Saya rasa ia adalah hak asasi bagi mahasiswa yang mahu memakai hijab, maka biarkanlah,” katanya. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *