home Semasa Masjid al-Syakirin sasar 1,000 solat Subuh berjemaah

Masjid al-Syakirin sasar 1,000 solat Subuh berjemaah

GOMBAK – Masjid al-Syakirin menyasarkan 1,000 kariah akan turut serta dalam solat Subuh berjemaah sebelum bermulanya Ramadan tahun ini.

Timbalan Nazir Masjid al-Syakirin berkata, Mohd Aznil Zulkufli berkata, pihaknya melancarkan Kempen Gerakan Subuh Perdana ke arah mencapai sasaran tersebut.

Menurutnya, kempen berterusan memberikan impak positif dari tahun ke tahun melalui pertambahan jumlah saf.

“Setakat ini sekurang-kurangnya 300 jemaah telah turut serta dalam solat subuh berjemaah di masjid. Sebagai merancakkan kempen kita telah menyediakan sarapan pagi percuma kepada jemaah.

“Digerakkan juga kumpulan kejut subuh secara berkala dengan menekan hon sebagai usaha mencapai matlamat itu,” katanya.

Katanya, pentingnya kempen itu mencapai sasaran sebagai menghidupkan suasana subuh seperti di Makkah dan Madinah.

“Solat Subuh berjemaah ini adalah permulaan kepada kehidupan seharian bagi mencari keberkatan dan menggambarkan kekuatan Islam.

“Diharapkan kempen berterusan ini dapat menarik lebih ramai kariah untuk berjemaah di masjid dan menjadikannya sebagai pusat setempat penggerak aktiviti melalui pelbagai program yang telah dirangka sepanjang tahun ini,” katanya.

Kempen Gerakan Subuh Perdana dan Pelancaran Jom Singgah Sarapan Pagi Percuma telah dirasmikan Nazir Masjid AlSyakirin Prof Madya Dr Saupi Man, kelmarin.

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *