home Semasa Rakyat tidak akan serah Palestin walaupun seinci: Hamas

Rakyat tidak akan serah Palestin walaupun seinci: Hamas

 

SEMENANJUNG GAZA – Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) menegaskan bahawa rakyatnya tidak akan menyerahkan walaupun seinci tanah negara itu kepada rejim pengganas Israel.

Pegawai kanan Hamas, Mahmoud al-Zahar berkata, walaupun terpaksa mengambil satu tempoh yang panjang, namun negara itu akan terus dikekalkan menjadi milik rakyat Palestin.

Beliau turut memberi amaran kepada rejim Israel supaya bersedia berdepan dengan gelombang besar bantahan rakyat Palestin yang akan diadakan di sepanjang sempadan antara Semenanjung Gaza dan Israel.

Bantahan yang dikenali sebagai ‘March of Return’ itu diadakan sebagai menuntut Israel membenarkan jutaan pelarian Palestin kembali semula ke kediaman mereka yang dirampas.

Zahar memberi jaminan bahawa protes berkenaan akan diadakan secara aman, namun tidak menolak kemungkinan bakal mencetuskan kekecohan jika rejim pengganas berkenaan menyasarkan serangan atau menghalang peserta protes.

“Mesej di sebalik ‘March of Return’ adalah rakyat Palestin tidak akan menyerahkan seinci negara walaupun selepas 70, 700 atau 7,000 tahun,” katanya ketika berucap pada Majlis Perundangan Palestin, semalam.

Zahar berkata, rejim Israel kini bimbang terhadap rancangan bantahan yang dijangka diadakan pada Jumaat ini kerana mengetahui bahawa hasilnya akan mencetuskan kekecohan. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *