home Semasa Rang undang-undang baharu ‘anti-Islam’ AS dikecam

Rang undang-undang baharu ‘anti-Islam’ AS dikecam

 

IDAHO (AMERIKA SYARIKAT) – Kumpulan hak asasi manusia dan Majlis Hubungan Amerika-Islam (CAIR), mengutuk rang undang-undang yang dianggap Islamophobia yang diluluskan Dewan Perwakilan Idaho, Amerika Syarikat (AS).

CAIR, sebuah kumpulan hak asasi manusia Islam yang berpangkalan di Washington DC, menggesa Dewan Senat Idaho mengundi menentang undang-undang itu, yang akan menguatkuasakan larangan terhadap undang-undang asing.

Menurut CAIR rang undang-undang yang dikenali sebagai HB-419, menyasarkan umat Islam dan ‘tidak berperlembagaan’ yang berniat jahat terhadap Islam dan mengharamkan undang-undang syariah, atau undang-undang Islam.

HB-419 diluluskan Dewan Perwakilan Idaho tatkala rang undang-undang sama sedang dipertimbangkan beberapa negeri di AS, termasuk Montana, Oregon dan Wisconsin.

Menerusi surat terbuka kepada Senator Idaho yang juga Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Senat Negeri, Jeff C Siddoway, Pengarah Hal Ehwal Kerajaan CAIR, Robert McCaw, menyifatkan HB-419 sebagai bertentangan dengan nilai negara yang tidak mengangkat atau meminggirkan satu kepercayaan atau masyarakat.

“Perundangan dibuat dan dilaksanakan untuk menyerang agama tertentu adalah satu pelanggaran Perlembagaan AS berkaitan penubuhan, yang memerlukan kerajaan menjadi sekular dan memberi layanan sama rata kepada semua agama,” katanya. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *