home Semasa Rejim Bashar terus bedil Ghouta Timur

Rejim Bashar terus bedil Ghouta Timur

 

DAMSYIK – Tentera rejim Bashar al-Assad masih terus melancarkan serangan ke atas pemberontak di Ghouta Timur, meskipun Russia menuntut gencatan senjata selama lima jam setiap hari dikuatkuasakan.

Menurut Kumpulan Pemantau bagi Hak Asasi Manusia Syria (SOHR), percubaan melancarkan gencatan senjata itu terbantut, apabila rejim Bashar terus bertempur dengan pemberontak di daerah yang dikepung.

Koridor kemanusiaan dengan melaksanakan gencatan senjata selama lima jam itu bertujuan untuk memindahkan mangsa cedera dari kawasan berkenaan, dan membenarkan akses bantuan kemanusiaan menghantar makanan serta perubatan kepada kira-kira 400,000 orang yang terperangkap di Ghouta Timur.

Bagaimanapun, cubaan pertama melaksanakan gencatan senjata pada Selasa lalu gagal, ekoran serangan udara berterusan sehingga menyebabkan empat orang terbunuh dan puluhan lain cedera.

Penduduk di kawasan itu berkata, pesawat perang rejim Bashar melancarkan beberapa serangan awal pagi semalam, termasuk pertempuran paling sengit di tiga bandar di Douma, Misraba dan Harasta.

“Tiada sebarang pemindahan, perubatan dan juga bantuan kemanusiaan. Rejim melancarkan permainan psikologi. Itu sahaja.

“Pengeboman berterusan sejak malam tadi,” kata salah seorang penduduk di kawasan itu. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *