home Semasa, Uncategorized March of Return: 3,078 penduduk Palestin cedera, 105 parah

March of Return: 3,078 penduduk Palestin cedera, 105 parah

 

SEMENANJUNG GAZA – Seramai 105 penduduk Palestin disahkan parah ketika menyertai perarakan besar-besaran ‘March of Return’ di sempadan Gaza-Israel sejak 30 Mac lalu.

Perkara itu disahkan oleh Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza dalam satu sidang akhbar di hadapan Hospital Al-Shefa, di sini.

Jurucakap kementerian berkenaan, Ashraf Qedra berkata, kira-kira 3,078 orang dilaporkan cedera, dan 105 daripadanya dalam keadaan kritikal.

“Pasukan rejim Israel sengaja melepaskan tembakan terhadap orang awam yang tidak bersenjata dalam perarakan itu,” katanya.

Beliau turut mengesahkan bahawa 129 mangsa mengalami kecederaan serius di kepala dan leher, sementara 176 lagi di atas badan dan 1,027 mereka mengalami kecederaan di bahagian bawah badan.

“Kementerian juga melaporkan bahawa 51 orang mengalami kecederaan dalam perut dan dada. Bahkan, 305 mangsa merupakan kanak-kanak di bawah umur 18 tahun dan 78 lagi adalah wanita,” katanya.

Selain orang awam, 12 anggota kakitangan perubatan juga mengalami kecederaan, bahkan empat buah kenderaan kecemasan dan pertahanan awam turut menjadi sasaran serangan.- Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *