home Semasa Setiap rakyat Palestin adalah sasaran ‘sniper’ kami: Menteri Israel

Setiap rakyat Palestin adalah sasaran ‘sniper’ kami: Menteri Israel

ALQUDS – Menteri Pertahanan Israel, Avigdor Lieberman berkata, setiap rakyat Palestin adalah sasaran penembak tepat (sniper) kami.

“Mestilah difahami bahawa tiada insan tidak berdosa di Gaza.

“Semua berkomplot dengan Hamas, dibayar oleh Hamas. Semua aktivis mereka cuba mencabar kami dan perhimpunan di sempadan adalah antara operasi ketenteraan mereka,” kata Lieberman dalam satu wawancara di stesen Radio Israel.

Kenyataan Lieberman dipetik portal The Times of Israel semalam dan mendapat kritikan daripada aktivis media pro-Palestin.

“Kenyataan rasmi Lieberman ini menjawab persoalan mengapa tentera Israel menembak rakyat Palestin yang berhimpun di sempadan dalam siri himpunan Great Return March,” kata jurnalis Ben Abyad.

Sebelum ini, tentera sniper Israel telah menembak puluhan peserta himpunan antaranya jurnalis, Yaser Murtaja yang memakai jaket PRESS ketika membuat liputan perhimpunan pada Jumaat lepas. – Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

 

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *