home Semasa Tindakan Israel roboh sekolah Palestin melampau

Tindakan Israel roboh sekolah Palestin melampau

 

NEW YORK – Rejim pengganas Israel terus bertindak melampau apabila menjalankan kerja perobohan beberapa sekolah Palestin di Tebing Barat, baru-baru ini.

Human Rights Watch (HRW) menyifatkan tindakan rejim berkenaan adalah sebahagian daripada sistem perancangan diskriminasi dan jenayah perang kerana menafikan hak rakyat Palestin.

“Israel berulang kali menafikan hak Palestin untuk membina sekolah di Tebing Barat dan merobohkan sekolah-sekolah yang dibina tanpa permit.

“Keadaan ini menyukarkan kanak-kanak Palestin menerima pendidikan formal dengan baik,” kata kumpulan hak asasi manusia itu, semalam.

HRW berkata, kira-kira 44 buah sekolah Palestin berisiko dirobohkan sepenuhnya atau sebahagian, apabila rejim Israel mendakwa kononnya ia dibina secara haram.

Kumpulan itu berkata, pihak berkuasa Israel telah merobohkan dan merampas bangunan serta harta sekolah Palestin di Tebing Barat sebanyak 16 kali sejak 2010.

“Pihak berkuasa Israel bertindak demikian sejak bertahun lama, apabila banyak sekolah rendah dan prasekolah untuk masyarakat Palestin dirobohkan.

“Malah, rejim itu juga menolak dan menafikan hak mereka untuk memohon permit membina bangunan sekolah secara sah, dan ini dianggap sikap diskriminasi dan melanggar hak kanak-kanak mendapat pendidikan,” kata Penyelidik HRW, Bill Van Esveld. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *