home Semasa Isu Palestin: Erdogan gesa pemimpin Islam bersatu

Isu Palestin: Erdogan gesa pemimpin Islam bersatu

 

ISTANBUL – Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menggesa pemimpin Islam bersatu untuk berdepan dengan Israel, susulan kematian beramai-ramai penduduk Palestin yang ditembak mati oleh rejim pengganas berkenaan di sempadan Gaza.

Bercakap pada sidang kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) kelmarin, Erdogan berkata, Israel harus bertanggungjawab terhadap pembunuhan yang menimbulkan kecaman meluas masyarakat antarabangsa, termasuk gelombang protes di Asia, Timur Tengah dan Afrika Utara.

“Untuk mengambil tindakan bagi pihak rakyat Palestin yang dibunuh oleh penyamun Israel adalah dengan menunjukkan kepada seluruh dunia bahawa kemanusiaan tidak mati,” katanya kepada kumpulan pemimpin Islam yang berkumpul di Istanbul, Turki.

Erdogan menyifatkan pembunuhan rakyat Palestin itu sebagai penindasan, kekejaman dan keganasan ke atas negara berkenaan.

Sejak 14 Mei lalu, sempadan Gaza menjadi hari paling berdarah ekoran pemberontakan rakyat Palestin terhadap pembukaan kedutaan AS di Baitulmaqdis, sehari sebelum ulang tahun mengingati Peristiwa Nakba.

Keganasan itu telah meragut lebih daripada 100 nyawa rakyat Gaza, dan beribu-ribu cedera dalam protes yang diadakan serentak dengan pembukaan kedutaan AS di Baitulmaqdis. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *