home Semasa Jepun tidak rancang pindah kedutaan ke Baitulmaqdis

Jepun tidak rancang pindah kedutaan ke Baitulmaqdis

 

RAMALLAH – Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe berkata, pihaknya tidak mempunyai rancangan untuk memindahkan kedutaannya di Israel dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.

Perkara itu dimaklumkan oleh Abe kepada Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dalam satu pertemuan, di sini, semalam.

“Kami tidak akan memindahkan kedutaan kami ke Baitulmaqdis,” kata Abe.

Pada masa sama, Abe turut mengulangi sokongan terhadap pembentukan negara Palestin yang merdeka dalam rangka penyelesaian dua negara.

Mengulas kenyataan Abe itu, Mahmoud berkata, bahawa rakyat Palestin bersedia untuk bekerjasama bagi memastikan proses keamanan yang diusahakan masyarakat antarabangsa berjaya dicapai.

“Bagaimanapun, ia perlu dilaksanakan mengikut undang-undang antarabangsa dan menjamin pembentukan negara Palestin,” katanya. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *