home Semasa Pasaran ekuiti Islam wajar teroka penyelesaian untuk kekal kompetitif: Sultan Nazrin

Pasaran ekuiti Islam wajar teroka penyelesaian untuk kekal kompetitif: Sultan Nazrin

 

KUALA LUMPUR: Kelas aset ekuiti Islam perlu meneroka penyelesaian terhadap perubahan yang berlaku dengan matlamat mencapai jumlah kritikal yang besar untuk kekal positif, titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.

Titah baginda itu adalah antara bidang utama yang perlu ditangani bagi membolehkan kewangan Islam bergerak ke depan.

“Pulangan ke atas dana Islam perlu stabil bagi meningkatkan keyakinan pelabur, selain penanda aras tadbir urus yang tidak boleh ditandingi mesti diwujudkan bagi mengimbangi antara pertimbangan kewangan dan etika,” titah baginda.

Dalam ucaptama bertajuk ‘Merebut Momentum Industri Pelaburan Islam: Kes Pasaran Sukuk Yang Berkembang’, Sultan Perak juga bertitah kewangan Islam mesti menerima herotan era moden, dengan tumpuan berterusan ke atas inovasi produk.

Baginda bertitah demikian pada Forum Pelaburan Islam Franklin Templeton 2018 di sini.

Sultan Nazrin juga bertitah landskap pengurusan aset global kini memerlukan platform pelaburan baharu secara dalam talian bagi memenuhi keperluan asas pelanggan yang berkembang yang mahukan saluran baharu itu.

“Permintaan yang semakin meningkat ke atas strategi pelaburan murah dan pasif, serta ketelusan lebih tinggi, menimbulkan cabaran jualan dan pelaksanaan yang unik.

“Kegagalan untuk mengikuti perubahan struktur yang dinamik ini boleh menyebabkan industri menjadi lebih buruk berbanding sekarang,” titah baginda. – Bernama

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *