home Semasa Guru agama, cerdik pandai Rohingya sasaran bunuh

Guru agama, cerdik pandai Rohingya sasaran bunuh

 

RAKHINE – Komuniti Rohingya yang dianiaya rejim Myanmar mendedahkan, pasukan tentera kerajaan secara khusus menyasarkan golongan agama di Rakhine, untuk dibunuh.

Agensi berita antarabangsa AP melaporkan, puluhan guru, guru agama dan orang tua etnik Rohingya yang melarikan diri ke negara jiran, Bangladesh, memberitahu bahawa mereka telah diasingkan dan disasarkan oleh pasukan keselamatan.

Askar rejim Myanmar menyasarkan mereka yang berpendidikan supaya tidak akan ada lagi pemimpin masyarakat Rohingya yang berani bersuara dan menunjukkan penentangan.

Ia adalah cara lama, menurut mereka yang mempelajari taktik genosid tentera Myanmar dan sering menjadi antara sasaran yang terawal untuk dibunuh.

Rahim, seorang guru Sains dan Matematik sebuah sekolah menengah berusia 26 tahun yang dikenali ramai askar kerana mengajar anak-anak mereka, pernah suatu hari melihat tentera datang, tetapi dia sempat melarikan diri.

“Saya tahu saya mati jika saya ditangkap, mereka memburu saya.

“Mereka tahu bahawa saya akan sentiasa bersuara untuk rakyat, mereka mahu memusnahkan kami kerana mereka tahu bahawa tanpa kami, mereka boleh melakukan apa sahaja yang mereka mahukan terhadap warga Rohingya yang lain,” katanya.

Temubual dengan kira-kira 65 pelarian oleh Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia PBB (OHCHR) menunjukkan bahawa pasukan keselamatan Myanmar mahu menghapuskan guru, pemimpin kebudayaan dan agama, dan pengaruh asing dalam komuniti Rohingya sebagai usaha untuk mengurangkan sejarah, budaya dan pengetahuan etnik itu. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *