home Uncategorized Imam Al-Nawawi dan tabung kerajaan

Imam Al-Nawawi dan tabung kerajaan

 

1. Al-Imam al-Nawawi pernah menolak untuk memberikan sumbangan kepada pemerintah di zaman beliau iaitu al-Malik al-Zahir.

2. Al-Malik al-Zahir bertujuan murni. Beliau meminta fatwa ulama pada zamannya untuk membenarkan kutipan dana dijalankan bagi memerangi tentera Tatar yang mengancam keselamatan negara ketika itu.

3. Biarpun mempunyai niat yang mulia, tindakan mengutip wang rakyat ketika itu tidak dipersetujui oleh al-Imam al-Nawawi. Ini disebabkan kerana, keadaan pemimpin yang ketika itu masih bermewah sedangkan kehidupan rakyat yang susah ketika itu diminta untuk memberikan sumbangan.

4. Lalu al-Imam al-Nawawi menulis surat memberikan nasihat agar pemerintah turut sama menyumbang dan berhenti bermewah dalam mempertahankan kedaulatan negara.

5. Biarpun nasihat yang disampaikan agak keras, al-Imam al-Nawawi masih menggunakan bahasa yang baik dan mendoakan kebaikan kepada pemerintah. Beliau dikatakan menyebutkan:
أدام الله له الخيرا @ أعزَّ الله أنصارَه

Maksudnya: Mudah-mudahan Allah melimpahi nya dengan kebaikan. dan mudah-mudahan Allah membantu tenteranya.

Moga Allah merahmati kita semua.

Dr Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

Like facebook Dr Ahmad Sanusi:
https://www.facebook.com/DrAhmadSanusi/

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *