home Semasa Masjid bawa asnaf, mualaf beli baju raya

Masjid bawa asnaf, mualaf beli baju raya

 

SEREMBAN: Seramai 140 anak golongan asnaf dan mualaf dibawa membeli-belah pakaian baharu sempena program Sinar Aidilfitri di Pasaraya Mydin Seremban 2.

Ia adalah kali ketiga program anjuran Masjid Jamek Dato’ Bandar Haji Ahmad, Rasah, bagi membantu golongan memerlukan.

Pengerusi Kariah masjid itu, Datuk Abdul Wahab Mohd Hanipah, berkata program kali ini berlainan apabila mereka membawa anak-anak asnaf dan mualaf ke pasar raya untuk memilih sendiri pakaian.

“Sebelum ini, kami bawa pekedai ke masjid untuk anak-anak ini memilih pakaian. Tetapi kali ini, kita bawa mereka ke pasar raya yang mempunyai lebih banyak pilihan.

 

 

“Syukur, hasil sumbangan orang ramai di masjid selama ini, membolehkan anak-anak ini ceria dengan baju raya baharu yang dipilih sendiri,” katanya.

Abdul Wahab berkata, program yang diuruskan sepenuhnya oleh jawatankuasa masjid itu akan diteruskan pada tahun depan.

“Jika sumbangan yang diterima lebih banyak, lebih ramai golongan yang memerlukan berpeluang diraikan,” katanya.

Penerima, Arshah Misran, 17, berkata persiapan Aidilfitri kali ini berlainan apabila dia membeli baju raya bersama golongan asnaf dan mualaf yang lain.

 

 

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Haji Mohd Redza itu berkata, dia seronok kerana dapat menyaksikan pelbagai gelagat dan turut sama membantu memilih baju raya kanak-kanak lain.

“Setiap tahun saya membeli baju raya dengan keluarga tetapi kali ini saya dan dua lagi adik berusia lapan dan 13 tahun berpeluang membeli-belah beramai-ramai.

“Ini pengalaman yang bermakna kerana dapat merasai kegembiraan memilih baju raya bersama golongan senasib,” katanya. – Berita Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *