home Semasa Naib Presiden Muafakat A Karim Omar meninggal dunia

Naib Presiden Muafakat A Karim Omar meninggal dunia

 

BANGI – Naib Presiden Pertubuhan Muafakat Malaysia (Muafakat), A Karim Omar meninggal dunia awal pagi ini.

Allahyarham yang juga aktivis Islam disahkan meninggal dunia di Hospital Ampang, kira-kira jam 8 pagi tadi.

Menurut kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM), Prof Datuk Mahamad Naser Disa, jenazah boleh diziarah di rumah abangnya di Taman Permata, Ulu Kelang selepas jam 10 pagi.

Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di Masjid as-Sobirin, Lembah Keramat selepas solat Zohor.

Allahyarham giat menulis artikel-artikel antaranya berkaitan ancaman Evangelis, perjuangan musuh Islam, termasuk mendedahkan buku-buku menggerakkan agen Kristianisasi.

Selain itu, Allahyarham juga terlibat aktif dalam aktviti gabungan NGO Islam bagi memartabatkan perjuangan Islam di Malaysia. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

One thought on “Naib Presiden Muafakat A Karim Omar meninggal dunia

  1. Innalillahiwainna ilaihirojiun
    Moga Allah ampuni arwah dan tempatkannya bersama para solehin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *