home Semasa Zionis terus korek kubur Palestin

Zionis terus korek kubur Palestin

 

BAITULMAQDIS – Pihak Berkuasa Taman dan Alam Sekitar (INPA) rejim pengganas Israel dilaporkan menyambung semula kerja-kerja penggalian di Tanah Perkuburan Islam Bab Al-Rahma, di luar tembok Kota Lama di Timur Baitulmaqdis.

Agensi berita Palestin, Wafa, melaporkan kakitangan INPA mula menggali kubur itu sejak 20 hari lalu.

Bagaimanapun, mereka dilaporkan kembali semula hari ini dan meneruskan kerja-kerja penggalian di mana Wafa difahamkan, mereka akan mewujudkan sebuah taman awam Israel di atas sebahagian daripada tanah perkuburan itu.

Bulan lalu, rejim pengganas Israel memasang alat pengesan logam di sekitar tanah perkuburan itu yang akan digali.

Wafa melaporkan bahawa sebahagian tanah perkuburan yang akan digali dan dimusnahkan itu mempunyai kubur lama pemimpin muslim yang berusia berdekad lamanya.

Pada 2015 lalu, tanah perkuburan Bab Al-Rahma menjadi salah satu kawasan yang akan dimusnahkan selepas rejim Zionis mengumumkan pelan untuk membina taman awam di kawasan itu. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *