home Semasa 10 tuntutan bela Islam, hak Melayu dari UMMAH

10 tuntutan bela Islam, hak Melayu dari UMMAH

 

KUALA LUMPUR: Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) bersama lebih 300 badan bukan kerajaan (NGO) mengemukakan 10 tuntutan terhadap kerajaan bagi memastikan hak orang Melayu dan Islam terus dipelihara.

Ketua Sekretariat UMMAH, Aminuddin Yahya, berkata sejak pengambilalihan Pakatan Harapan (PH) sebagai kerajaan baru, agama Islam dan kedudukan orang Melayu kian terancam.

Katanya, ia termasuk perbuatan mencabar institusi diraja dengan mempertikaikan kedudukan Yang di Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, dan pengiktirafan terhadap Sijil Peperiksaan Bersama (UEC).

“Perkara utama yang dituntut adalah tindakan dan keputusan kerajaan perlu bertunjangkan kepada asas Perlembagaan Negara tanpa menjejaskannya.

“Keabsahan agama Islam sebagai agama rasmi dan hak istimewa orang Melayu tidak boleh digugat sama sekali kerana itu jaminan pembentukan negara.

“Pengiktirafan UEC mesti ditolak sama sekali kerana bukan saja ia bertentangan dengan Perlembagaan dan dasar pendidikan, malah akan menyebabkan polarisasi kaum yang lebih ketara,” katanya pada sidang media, Perhimpunan Kebangkitan Ummah, di sini, hari ini.

Lebih 2,000 orang membanjiri padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Bharu. Turut hadir, Pengerusi UMMAH, Ismail Mina Ahmad dan Presiden Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia (PERKID), Masridzi Sat.

Aminuddin juga berkata pihaknya akan meneruskan siri jelajah perhimpunan itu ke peringkat negeri bagi terus mendesak kerajaan mengenai perkara berkenaan.

“Kami akan menyerahkan memorandum ini kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam masa terdekat.

“Justeru, diharap kerajaan mengambil langkah sewajarnya bagi menyelesaikan perkara ini,” katanya. – Berita Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *