home Semasa 202 rakyat Palestin terbunuh sejak Trump iktiraf Baitulmaqdis

202 rakyat Palestin terbunuh sejak Trump iktiraf Baitulmaqdis

 

SEMENANJUNG GAZA – Sekurang-kurangnya 202 rakyat Palestin di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza terbunuh angkara rejim pengganas Israel, selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel Disember tahun lalu.

Pusat Pengajian Dalam Negeri Palestin dan Israel dalam laporannya mendedahkan, 35 kanak-kanak dan lima orang kurang upaya (OKU) adalah antara yang terbunuh dalam tempoh itu.

Katanya, lima lagi mangsa merupakan tahanan Palestin, sembilan maut dalam serangan udara yang dilancarkan rejim dan seorang saintis serta ulama muda, Dr Fadi Al Batsh – yang ditemui mati akibat dibunuh rejim Mossad di Malaysia.

Menurut laporan badan itu, kira-kira 134 rakyat Palestin telah dibunuh sewaktu perhimpunan besar-besaran ‘Great March of Return’ sejak 30 Mac lalu, termasuk dua wartawan dan seorang pegawai perubatan.

“24 daripada 35 kanak-kanak yang maut adalah ketika tindakan keras rejim pengganas Israel dalam perhimpunan di sempadan Gaza-Israel itu,” kata laporan itu. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *