home Semasa ‘Adam Rayqal tunggu kami di syurga’

‘Adam Rayqal tunggu kami di syurga’

 

KUALA TERENGGANU – “Kita mengharapkan yang terbaik dalam pencarian Adam Rayqal tetapi Allah lebih sayang dia,” demikian kata bapanya, Mohd Sufi Naief Mohd Fauzi.

Beliau yang kelihatan keletihan namun tetap tabah ketika berdepan dengan orang ramai malah sempat mengucapkan terima kasih kepada semua pihak kerana turut serta mencari anaknya sejak dilaporkan hilang semalam.

“Kepada semua rakyat Malaysia saya selaku ayah Adam Rayqal mengucapkan terima kasih kerana sudi membantu dalam pencarian ini walaupun kita tahu…kita harapkan yang terbaik dalam pencariannya tetapi Allah lebih sayangkan dia, insya-Allah Adam Rayqal akan tunggu kami di syurga,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas selesai pengebumian Adam Rayqal di Tanah Perkuburan Islam Ladang Tok Pelam, di sini malam ini.

Isteri beliau, Farrah Madihah Othman masih kelihatan sugul gagal menahan sebak dan menangis apabila mendengar suaminya mengucapkan kata-kata ‘Adam Rayqal akan tunggu kami di syurga’ hingga mengheret mereka berada di sekelilingnya turut sama mengalir air mata.

Mohd Sufi Naief turut merayu agar orang ramai agar tidak menyebarkan gambar berkaitan mayat anaknya itu sebagai menghormati keluarga yang masih bersedih dengan insiden itu.

Sebelum ini, netizen digemparkan dengan berita Adam Rayqal yang dilaporkan hilang selepas didakwa diambil seorang lelaki menyamar sebagai bapanya namun akhirnya ditemui mati di rumah pengasuhnya.

Mayat Adam Rayqal ditemui diruang sejuk beku peti sejuk dua pintu di rumah pengasuhnya, kira-kira pukul 11 malam Selasa.

Kira-kira 1,000 orang termasuk ahli keluarga dan penduduk sekitar menghadiri pengembumian Allahyarham. – Bernama

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *