home Semasa Kahwin bawah umur: Serah kepada Mahkamah Syariah

Kahwin bawah umur: Serah kepada Mahkamah Syariah

 

BANGI – “Serahkan kepada Mahkamah Syariah mengendalikan dan memutuskan isu perkahwinan membabitkan seorang lelaki berusia 41 tahun dengan budak perempuan 11 tahun di Gua Musang.”

Demikian respon dan pandangan Ketua Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Dr Norsaleha Mohd Salleh ketika diminta mengulas berhubung isu tular itu.

Beliau berkata, masyarakat sepatutnya memberi ruang pihak bertanggungjawab menyelesaikan isu itu, dan tidak merumitkan lagi perkara berkenaan dengan menokok tambah cerita.

“Serah sahaja kepada Mahkamah Syariah untuk membuat keputusan. Tak perlulah untuk kita merumitkan lagi keadaan dengan pelbagai cerita lain.

“Perkara ini akan memberi tekanan kepada budak perempuan terbabit dan keluarganya,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Sebelum ini, beberapa keping gambar menunjukkan seorang lelaki didakwa melangsungkan perkahwinan dengan seorang budak perempuan berusia 11 tahun sebagai isteri ketiganya tular di media sosial.

Mereka didakwa melangsungkan perkahwinan di negara jiran dengan ditemani ibu bapa budak perempuan itu yang dikatakan warganegara Thailand.

Kisah perkahwinan itu tersebar di media sosial sejak beberapa hari lalu dan telah mengundang reaksi banyak pihak. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

One thought on “Kahwin bawah umur: Serah kepada Mahkamah Syariah

  1. Risau budak perempuan dan keluarga tertekan bagus lah tu supaya mereka fikir balik adakah mereka telah membuat keputusan yang betul. Kenapa kita tak bincang pulak tekanan ini perlu ke atas si lelaki itu yang nampak macam mengambil kesempatan atas kesempitan hidup keluarga budak perempuan itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *