home Semasa Kuota haji Malaysia kekal

Kuota haji Malaysia kekal

 

BANGI – Lembaga Tabung Haji (TH) menafikan laporan sebuah portal berita, mendakwa kononnya kerajaan Arab Saudi menyekat atau mengurangkan kuota jemaah haji Malaysia pada tahun ini.

Pengurus Besar Kanan Jabatan Haji, Datuk Seri Syed Salah Syed Abdul Rahman berkata, kuota haji negara masih kekal sebanyak 30,200 orang seperti tahun lalu.

Beliau dalam satu kenyataan hari ini berkata, kuota berkenaan tidak berubah seperti yang ditetapkan kerajaan Arab Saudi sebanyak 0.1 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk Malaysia.

Dalam masa sama, beliau turut memaklumkan mengenai persiapan rapi yang dibuat TH, terutama penginapan, penerbangan, pengangkutan serta penyelarasan tugas bagi musim haji kali ini.

Katanya, ia adalah usaha TH dalah memastikan kebajikan jemaah haji negara terjamin sepanjang tempoh menunaikan ibadah itu yang dijangka berlepas dengan penerbangan pertama pada 14 Julai ini.

“Para jemaah juga telah menghadiri Kursus Perdana Haji di seluruh negara bermula minggu lepas bagi meningkatkan tahap pengetahuan jemaah berkaitan ibadah haji terutama dari segi praktikal.

“Sebanyak tiga Kursus Perdana Haji lagi akan dilaksanakan minggu ini di Perlis, Zon Tengah Sarawak dan Zon Pantai Timur Sabah,” katanya. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *