home Uncategorized NGO, umat Islam bersatu dalam Himpunan Kebangkitan Ummah

NGO, umat Islam bersatu dalam Himpunan Kebangkitan Ummah

 

KUALA LUMPUR – Gelombang kebangkitan umat Islam di bangunan Komtar Pulau Pinang semalam, kini diteruskan di Padang Kelab Sultan Sulaiman di sini pada Sabtu.

Lebih 10,000 membanjiri lokasi Himpunan Kebangkitan Ummah yang bertemakan “Malaysia Baru Pasca PRU14: Islam Melayu Terancam” yang dianjurkan oleh Gabungan Pembela Ummah yang dianggotai 300 pertubuhan.

Pemimpin-pemimpin umat Islam di kalangan pertubuhan NGO Melayu dan Islam telah berucapan menyampaikan mesej masing-masing kepada pihak kerajaan.

 

 

Antara isi ucapan ialah menentang pengiktirafan Sijil UEC, memartabatkan bahasa dan kedudukan Melayu dan Islam.

Pelbagai kain rentang dan sepanduk telah diangkat antaranya “Pertahan Identiti Negara”, “Satukan Pendidikan Negara”, “Islam dan Melayu Identiti Negara” dan “Hormati Hak Melayu”.

Turut hadir pemimpin parti PAS seperti Ustaz Nik Abduh Nik Aziz dan Ustaz Nasruddin Tantawi. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

One thought on “NGO, umat Islam bersatu dalam Himpunan Kebangkitan Ummah

  1. Semoga Allah merahmati perhimpunan ini demi mempertahankan kesucian ugama islan N raja raja Melayu. Allah hanya redha kpd hamba hambanya yang sayangkan ugama islam Pertahankan ia demi Malaysia tercinta insyallah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *