home Semasa 30 NGO Melayu dan Islam bergabung bentuk Angkatan Kesatuan Ummah

30 NGO Melayu dan Islam bergabung bentuk Angkatan Kesatuan Ummah

 

KUALA LUMPUR – Buat pertama kalinya, sebanyak 30 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu dan Islam bersetuju untuk digabungkan di bawah Angkatan Kesatuan Ummah (AKU) bagi menyelaraskan seluruh pergerakan Melayu dan Islam di negara ini.

Pengerusi Penaja AKU, Aminuddin Yahaya berkata, gabungan ini penting bagi menjadi satu suara yang kuat dalam menyuara dan memperjuangkan kepentingan Melayu dan Islam di negara ini sejajar dengan peruntukkan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Selama ini kesemua NGO atas nama Melayu dan Islam bergerak secara sendirian dengan cara masing-masing.

“Sedangkan jika kita bergabung bagi mencapai matlamat perjuangan yang sealiran dan sama, maka suara orang Melayu dan Islam akan lebih didengari.

“Jika tidak sebelum ini, ada yang mendengar dan diambil perhatian tetapi tidak kurang juga, tidak kesampaian sedangkan masing-masing mempunyai matlamat dan hasrat yang mulia dan murni,”katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat penajaan dan penubuhan Angkatan Kesatuan Ummah (AKU) di Hotel Tamu, Kampung Baru, di sini semalam.

Sebanyak 30 wakil pertubuhan NGO Melayu dan Islam tempatan hadir di mesyuarat yang berlangsung selama hampir lima jam. – Utusan

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

One thought on “30 NGO Melayu dan Islam bergabung bentuk Angkatan Kesatuan Ummah

  1. Alhamdulillah satu perkembangan dan inisiatif yang amat baik dan dialu2kan. Mudah2an inshaAllah ia dapat berjalan lancar dan tegak atas landasan kukuh utk perjuangkan matlamat utama ia ditubuhkan. Semoga perjuangan tidak disempitkan dan dipengaruhi oleh fahaman politik kepartian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *