home Semasa GIFF 2018 kumpul pakar kewangan Islam di Malaysia

GIFF 2018 kumpul pakar kewangan Islam di Malaysia

 

KUALA LUMPUR: Forum Kewangan Islam Global (GIFF 2018) membuat kemunculan semula tahun ini dengan tema “Beyond Profit”, dijadualkan pada 3 hingga 4 Oktober ini.

Forum akan membawakan bersama pemimpin kewangan Islam dan pakar inisiatif berasaskan nilai (VBI) dengan sasaran membina ekosistem kewangan Islam yang lebih mampan dan terangkum.

Pengerusi Penganjur GIFF 2018 merangkap Timbalan Presiden Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM), Rafe Haneef, berkata pengenalan Kertas Strategik VBI oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada 2017 menandakan pencapaian penting dalam merealisasikan potensi penuh kewangan Islam dan meletakkan Malaysia sebagai peneraju perbankan Islam global, dengan sasaran mengukuhkan peranan serta impak institusi perbankan Islam ke arah ekosistem kewangan mampan.

“Penggunaan VBI sebagai tema GIFF tahun ini adalah tepat pada masanya, berikutan peranan pentingnya dalam memacu pembangunan industri kewangan Islam.

“GIFF adalah platform terbaik untuk perbincangan dan pandangan bermakna mengenai bagaimana VBI boleh menjadi pencetus perubahan bagi memacu industri kewangan Islam ke tahap pertumbuhan berikutnya, sambil memberikan kepentingan setara kepada pertimbangan sosial, etika dan alam sekitar ke arah pembentukan nilai mampan,” katanya.

Kad Skor VBI adalah inisiatif kerjasama antara BNM, Global Alliance for Banking on Values (GABV) dan anggota Komuniti Pengamal VBI (CoP) terdiri daripada sembilan bank Islam yang menunjukkan komitmen untuk melaksanakan VBI.

Ia menyasarkan untuk mengukur kemajuan seluruh aktiviti dan amalan perniagaan bagi memberikan hasil VBI yang disasarkan.

GIFF 2018 akan menampilkan pakar dan pemimpin industri yang akan berkongsi serta membincangkan topik seperti Intergrasi Kewangan Bertanggungjawab dan Mampan ke dalam Sektor Kewangan; Pelan Induk Kemampanan; dan Gangguan Teknologi Memberi Impak Kewangan Mampan.

Antara penceramah termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Dubai Islamic Bank, Dr Adnan Chilwan; Presiden Grabtaxi Holdings Pte Ltd, Ming Maa; Ahli Majlis ISRA, Dr Sheikh Nizam Yaquby; Ketua Pegawai Eksekutif Arabesque Asset Management Ltd, Omar Selim; Profesor Bersekutu Strategi dan Keusahawanan London Business School, Dr Ioannis Ioannou; dan Ketua Pegawai Kelestarian Sime Darby Group, Dr Simon Lord.

Pelbagai acara kewangan juga akan berlangsung di Kuala Lumpur sepanjang minggu GIFF.

Ia termasuk Forum Sarjana Syariah Antarabangsa ke-13 (ISSF 2018) dan Persidangan CIBAFI-Bank Dunia mengenai Tadbir Urus Korporat.

Anugerah Diraja Kewangan Islam 2018 juga akan diberikan pada 3 Oktober oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang juga penaung Inisiatif Kewangan Islam Malaysia. – Berita Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *