home Semasa Hakikat pertembungan Islam dan kekufuran

Hakikat pertembungan Islam dan kekufuran

 

SEDIKIT perkongsian daripada bacaan Fi Zilal Al-Quran, Tafsir As-Sa’di dan Tafsir Al-Wasit.

وَلَئِنْ أَتَيْتَ ٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلْكِتَٰبَ بِكُلِّ ءَايَةٍۢ مَّا تَبِعُواْ قِبْلَتَكَ

“Dan demi sesungguhnya! Jika engkau bawakan kepada orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab, akan SEGALA keterangan (yang menunjukkan kebenaran perintah berkiblat ke Kaabah), mereka tidak akan mengikut kiblatmu.” ِِ(Al-Baqarah: 145)

Ramai di kalangan umat Islam yang naif dan terlebih lemah lembut hatinya lupa untuk memahami hakikat sebenar siapakah Yahudi dan Kristian sebagaimana digambarkan di dalam al-Quran. Mereka menyangka permusuhan Yahudi dan Kristian terhadap Islam adalah disebabkan mereka itu jahil tentang Islam.

Mereka bersikap keras tentang Islam sebab umat Islam tak mahu berdialog dan menerangkan kebenaran Islam kepada Yahudi dan Nasrani. Sangkaan ini meleset sama sekali. Mereka memusuhi Islam kerana mereka sangat kenal apa itu Islam. Mereka lebih mengenali Islam sebagaimana mereka kenal anak-anak mereka!

Yahudi dan Kristian sangat memahami apakah itu Islam. Kerana itulah mereka takut tentang kepentingan dan kedudukan yang dimiliki. Maka, mereka melakukan perancangan rapi dengan pelbagai pendekatan, secara langsung dan tidak langsung, mereka memusuhi Islam secara berdepan dan juga mereka memerangi Islam di belakang tabir.

Ini adalah pertembungan akidah secara dasar dan hakikat. Yahudi dan Kristian mungkin mewarnakan serangan terhadap Islam dengan bermacam warna-warni dalam tipu daya mereka yang busuk dan penuh dalih. Mereka pun menamakan serangan mereka sebagai perjuangan kesamarataan, kebebasan, hak asasi, keadilan sosial, kesaksamaan ekonomi, suara minoriti dan macam-macam lagi nama lain.

Mereka juga memomokkan kepada umat Islam yang lurus bendul dan lalai bahawan isu akidah adalah isu yang sudah basi dan ketinggalan zaman. Isu akidah sudah tidak relevan lagi dalam konteks cabaran masa kini. Malang sekali bagi umat Islam yang termakan dengan penipuan licik ini.

Hakikat yang tersembunyi di sebalik nama-nama yang kelihatan mesra rakyat ini adalah kebencian terhadap Islam yang menjadi batu asas agenda Yahudi Freemason dan Kristian antarabangsa.

Jika umat Islam tertipu, maka janganlah menyalahkan sesiapa kecuali dirinya sendiri. Kerana kita sudah jauh daripada taujih wahyu oleh Allah SWT dan sabda RasulNya kepada kita:

وَلَن تَرْضَىٰ عَنكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu).” (Al-Baqarah: 120)

Ustaz Shuhaib Ar-rumy Selamat

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *