home Semasa Hamas nekad hentikan pengepungan Israel ke atas Gaza

Hamas nekad hentikan pengepungan Israel ke atas Gaza

 

GAZA – Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) akan segera menghentikan pengepungan haram Israel ke atas Gaza, yang sudah berlarutan hampir 12 tahun.

Ahli Biro Politik Hamas, Husam Badran berkata, mereka sanggup berjuang melawan Zionis, asalkan rakyat Palestin memiliki semula hak milik mereka.

“Hamas sanggup membayar apa sahaja harga yang diperlukan. Kami berhak mendapatkan semula apa yang dirampas Israel walaupun pelbagai konspirasi di lakukan.

“Yang pasti, rakyat Palestin takkan menyerah kalah dan mengangkat bendera putih sebelum setiap inci tanah bersejarah Palestin di bebaskan,” katanya ketika bercakap dalam himpunan ‘Great March of Return’, Jumaat lalu.

Badran, yang hidup di dalam pengasingan, tiba di Semenanjung Gaza pada hari Khamis bagi membincangkan isu perdamaian Palestin dan proses gencatan senjata dengan rejim pengganas Israel.

Beliau berjanji Hamas akan berusaha keras bagi merealisaskan tuntutan rakyat Palestin, terutamanya berkenaan pengepungan Israel terhadap Gaza yang perlu dihentikan serta-merta.

“Justeru, rakyat Palestin mesti bersatu untuk menghentikan kependudukan Israel dan pulang ke tanah air sendiri,” katanya. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *