home Semasa Islam dilabel sebagai penyakit di Malaysia?

Islam dilabel sebagai penyakit di Malaysia?

 

1. Menurut Pengurus Program Sisters in Islam (SIS), Shareena Sheriff, Islam telah menjadi satu endemik (penyakit) yang memberi kesan kepada hampir semua aspek pentadbiran, perundangan dan badan eksekutif negara.

2. Kamus Dewan memberikan definisi perkataan endemik sebagai: éndémik penyakit yg sentiasa terdapat pada orang atau daerah tertentu. Astaghfirullah. Astaghfirullah. Usaha untuk memisahkan Islam dari negara sehingga sanggup menyifatkan Islam sebagai penyakit.

3. Usaha untuk memisahkan Islam dari pentadbiran ini dipanggil sekularisasi. Konsep memisahkan agama daripada pemerintahan ini telah lama ditolak oleh Islam. Dalam takrif pemerintahan Islam, al-Imam al-Mawardi, al-Juwaini, al-Iji, Ibn Khaldun, dan al-Nasafi seakan sebulat suara menegaskan bahawa pemerintahan Islam adalah perkara yg melibatkan urusan mentadbir agama. Konsep ini masyhur dengan tema:

حراسة الدين وسياسة الدنيا به

“(Pemerintahan Islam adalah bagi): Menjaga agama dan mentadbir dunia”.

4. Antara sarjana Islam moden yang turut tegas dalam menolak konsep ini adalah Dr. Yusuf al-Qardawi. Antara kesimpulan yang menarik yang diungkapkan oleh al-Qardawi berhubung sekularisme ini adalah:

“Sesungguhnya sekularisme ini lahir di bumi yang bukan dari kawasan Muslim, dirangka untuk satu kaum yang bukan kaum Muslim, dalam satu kondisi yang bukan kondisi umat Islam, untuk menyelesaikan masalah yang bukan berlaku ke atas umat Islam.” (al-Qardawi, al-Tataruf al-Ilmani fi Muwajaha al-Islam, 236).

Jadi, melihatkan kepada asas kelahiran fahaman ini sahaja kita sudah tahu bahawa ianya muncul dari konteks yang berbeza dengan konteks umat Islam. Mengapa pula kita beriya untuk menanamkan ideology sebegini dalam masyarakat kita?

5. Dr Atiyyah Saqr, Mufti Mesir, ketika ditanya berhubung ideology secularism ini menyatakan 8 percanggahan antara fahaman sekularisme dengan prinsip Islam. Dengan itu beliau dengan tegas menyatakan bahawa Islam menolak konsep sekularisme. Kenyataan ini direkodkan di dalam Fatawa Dar al-Ifta al-Misriyyah pada Mei 1997.

6. Badan Fatwa Arab Saudi (al-Lajnah al-Daimah li al-Buhuth al-Ilmiyyah wa al-Ifta) yang diketuai oleh Sheikh ben Baz pula menegaskan ideology yang memisahkan Islam dari kehidupan sebagai aliran yang batil yang boleh membawa kepada kekufuran.

7. Beberapa badan kajian Islam di Malaysia seperti JAKIM meletakkan fahaman sekularisme ini sebagai sebahagian daripada ideology liberisme yang difatwakan sesat oleh banyak institusi Islam di Malaysia.

8. Hari ini, usaha untuk memisahkan Islam dari negara sampai satu tahap melabelkan Islam sebagai penyakit. Astaghfirullah.

Benarlah apa yang berlaku pada para Nabi dan Rasul terdahulu. Orang yang membawa Islam ini dipanggil “gila” kerana ingin memartabatkan kalimah Allah.

Moga Allah membantu mereka yang berusaha memartabatkan Islam.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *