home Semasa Hajat sertai program dakwah tak kesampaian

Hajat sertai program dakwah tak kesampaian

 

Hasrat jurugambar media Persatuan Belia ­Islam Nasional (Pem­bina) untuk ke Kuala Lumpur bagi menyertai program ­dakwah tidak kesampaian apabila maut dalam kemalangan di Kilometer 22, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, semalam.

Kejadian yang berlaku jam 1 tengah hari itu menyebabkan mangsa, Nor Shahida Abd Gani, 32, yang beralamat di Kuala Klawang, Negeri Sembilan, maut di tempat kejadian.

Ibu angkat mangsa, Nik Faridah Mohamad, 48, dari Kampung Wakaf Lanas, Pasir Puteh, berkata, walaupun baru mengenali Allahyarham, dia sudah menyayangi dan menganggap Nor Shahida sebagai anak sendiri.

Menurutnya, mangsa merupakan anak yatim piatu kerana ibu bapanya sudah lama meninggal dunia.

“Dia tinggal di Kelantan sudah 13 tahun kerana melanjutkan pelajaran di sini.

“Saya mula mengenalinya selepas anak saya yang pulang dari New Zealand menyertai Isma bersama arwah. Saya kenal arwah sejak tahun lalu, namun dia sangat baik sehingga saya rasa sudah lama mengenalinya.

“Sekiranya ada masa lapang, arwah akan ke kantin, tempat saya meniaga untuk membantu. Malah, dia juga turut mengadakan kelas mengaji al-Quran dan tuisyen secara percuma kepada pekerja saya dan murid sekolah,” katanya.

Faridah berkata, sebelum berangkat ke Kuala Lumpur, Allahyarham turut memak­lumkannya melalui aplikasi WhatsApp.

“Kali terakhir saya jumpa dia dua minggu lalu kerana dia menyewa di kawasan berhampiran rumah saya. Tiada sebarang perubahan yang saya lihat, dia tetap ceria, banyak membantu dan selalu tersenyum.

“Saya reda dengan pemergiannya yang sangat mulia kerana dia pergi dalam niat dan perjalanan untuk ber­dakwah,” katanya semasa di­temui di Rumah Mayat Hospital Gua Musang.

Sementara itu, menurut Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Taufik Maidin berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta jenis ­Proton Saga FLX yang dinaiki mangsa hilang kawalan lalu memasuki arah ber­tentangan.

Menurutnya, mangsa dalam perjalanan menuju ke Kuala Lumpur, bertembung dengan lori muatan sawit yang datang dari arah Gua Musang ke Kuala Krai.

“Pemandu lori, Raja Azalludin Raja Mahasam, 34, beralamat di Rancangan ­Kemajuan Tanah (RKT) Jeram Tekoh, cuba mengelak dari bertembung namun mangsa merempuh pintu lori sebelah kanan.

“Kemudian, kenderaan mangsa terbabas dan jatuh ke dalam gaung di sebelah kanan, menghala ke Gua Musang.

“Akibat rempuhan itu, mangsa tersepit dalam kenderaan yang remuk manakala pemandu lori hanya cedera ringan,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *