home Uncategorized Terapkan nilai-nilai Islam dalam dunia kewartawanan

Terapkan nilai-nilai Islam dalam dunia kewartawanan

 

KUALA LUMPUR – Sambutan Maal Hijrah menjadi satu platform untuk umat Islam muhasabah diri di atas kelemahan diri yang ada dan sekali gus menjadikan sambutan ini sebagai motivasi untuk berubah ke arah kebaikan.

Ceramah yang bertajuk ‘Hijrah Diri’ disampaikan oleh Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Anuar Hasin selama kira-kira sejam dengan mengupas erti Maal Hijrah yang perlu dihayati.

Menurutnya, Maal Hijrah bukan hanya sekadar sambutan yang disambut setiap tahun tetapi merupakan salah satu langkah yang menguatkan jati diri umat Islam.

Dalam ceramah berkenaan yang diadakan di Surau Seri Utusan, Bandar Baru Bangi, beliau turut menyeru agar menegakkan syiar Islam ke dalam dunia kewartawanan yang semakin tenat dan dilihat hanya berpaksikan barat tanpa menghiraukan batas-batas agama dalam skop kerja yang dijalankan.

“Saya seru kepada semua warga kerja Utusan Malaysia agar sentiasa menerapkan nilai-nilai Islam dalam menjalankan kerja secara amanah dan bertanggungjawab untuk masa hadapan agar dapat memberi manfaat kepada masyarakat,” katanya ketika ditemui, di sini 12 September.

Yang turut hadir kakitangan Kompleks Sri Utusan.

Katanya, erti penghijrahan dapat meningkatkan taraf kehidupan kita khususnya sebagai rakyat Malaysia. – Utusan

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *