home Semasa Pemakaian patuh syariah buat atlet Terengganu mulai tahun depan

Pemakaian patuh syariah buat atlet Terengganu mulai tahun depan

 

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Negeri Terengganu akan melaksanakan konsep pemakaian patuh syariah kepada atlet sukan di negeri itu bermula tahun hadapan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata pelaksanaan itu akan dilakukan secara berperingkat.

Menurut Wan Sukairi, sebagai permulaan semua pemain bola sepak beragama Islam dikehendaki memakai pakaian menutup aurat atau patuh syariah ketika beraksi di dalam mahupun luar Terengganu.
“Untuk permulaan, bagi sesi 2019 ini, kita akan mengadakan perubahan kepada pemain sukan bola sepak di mana semua pemain beragama Islam yang bernaung di bawah Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) perlu memakai pakaian yang menutup aurat ketika beraksi dalam pertandingan.

“Ini diamalkan sama ada di Terengganu mahupun di luar Terengganu.

“Bagi pemain bukan beragama Islam, terpulang kepada mereka untuk ikuti jejak pemain yang beragama Islam,” kata Wan Sukairi.

Beliau berkata Mufti Negeri, Datuk Dr Zulkifly Muda juga akan dirujuk bagi memberi nasihat dan panduan dalam semua aspek pelaksanaan termasuk pakaian atlet dan jenis sukan kepada kerajaan negeri.

Jelasnya, kerajaan negeri tidak akan mengambil pendekatan drastik berhubung perkara itu sebaliknya akan memastikan semua atlet bersedia sebelum perkara itu dikuatkuasakan sebagai undang-undang.

Wan Sukairi berkata fokus kerajaan negeri adalah menerapkan pendidikan dan kesedaran kepada atlet mengenai kepentingan pemakaian yang mematuhi syariah. – Astro Awani

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *