home Semasa Profesor dari Korea tekad majukan tulisan Jawi

Profesor dari Korea tekad majukan tulisan Jawi

 

KUALA LUMPUR – Cinta yang mendalam terhadap Jawi menyebabkan Profesor Dr. Kang Kyoung Seok tekad untuk memajukannya dengan memperkenalkan animasi tulisan tersebut dalam usaha memperkasakannya semula khususnya kepada generasi muda.

Beliau yang juga pakar tulisan Jawi berkata, penggunaan tulisan tersebut boleh diperkasakan dengan kaedah lebih moden melalui instrumen atau aplikasi digital yang boleh memartabatkannya yang pernah digunakan sebagai bahasa persuratan dan perhubungan dalam tamadun Melayu sebelum ini.

“Saya kini dalam proses perbincangan dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk memperkenalkan animasi tulisan Jawi bagi memudahkan penggunaan tulisan ini sekali gus memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat.

“Dengan adanya animasi tersebut, tulisan Jawi akan terus dimartabatkan serta dikembangkan ke serata pelosok dunia,” katanya da­lam program Bual Bicara Bersama Utu­san Online di sini, hari ini.

 

 

Kyoung Seok, 63, mula memperkenalkan pengajian dalam kebudayaan Melayu terutama tulisan Jawi di Daegu University of Foreign Stu­dies (DUFS), Korea Selatan turut menjalankan kajian mengenai ilmu Jawi atau Jawiology melalui Pusat Antarabangsa Jawiology di universiti tersebut.

Beliau yang juga Profesor Pelawat di Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, UKM turut berhasrat mencipta mesin pengimbas yang boleh menterjemah tulisan Jawi kepada pelbagai bahasa dan percaya teknologi itu dapat membantu peminat tulisan Jawi sepertinya.

Katanya idea berkenaan timbul selepas mengetahui lebih 5,000 manuskrip lama bertulisan Jawi yang masih belum terusik untuk dilakukan sebarang kajian atau usaha-usaha untuk menterjemahkannya ke dalam tulisan Rumi di Perpustakaan Negara. – Utusan Online

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *