home Semasa Usah ragu-ragu lagi kata Malaysia negara Islam: Dr Shamrahayu

Usah ragu-ragu lagi kata Malaysia negara Islam: Dr Shamrahayu

 

KUALA LUMPUR – “Empat negeri tidak hormat undang-undang. Sudah 60 tahun merdeka, tapi masih belum melaksanakan enakmen kawalan dan sekatan penyebaran agama lain kepada orang Islam.”

Demikian tegas Pakar Perlembagaan, Prof Madya Dr Shamrahayu Abd Aziz dalam forum khas bertajuk ‘Malaysia Negara Islam: Wilayah Yang Wajib Dipertahankan’ di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Negeri-negeri berkenaan ialah Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

Beliau yang juga Pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mengakui 10 negeri lain sudah melaksanakan enakmen menghalang pengembangan agama bukan Islam atau sesuatu doktrin kepada orang Islam selaras dengan Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan.

Namun katanya, negeri-negeri berkenaan tidak mempraktikkan peruntukan seperti yang termaktub.

“Saya fikir ia juga ibarat pencemaran terhadap Perlembagaan. Sedangkan ada kegiatan penyebaran agama dan ajaran lain terhadap Islam. Baru-baru ini, pengedaran risalah Kristian di Kedah. Itulah sebab pentingnya enakmen itu.

“Negeri Selangor negeri pertama laksana Enakmen Agama Bukan Islam (kawalan pengembangan di kalangan orang Islam) pada 1988. Sudah 30 tahun lebih tapi baru sekali pelaksanaannya,” katanya.

Mengulas mengenai dakwaan mengatakan Malaysia negara Islam atau sekular, Prof Shamrahayu berkata, hakikatnya ini memang negara Islam.

“Malaysia negara beragama dan Islam adalah agamanya. Islam tak pernah hilang di muka bumi ini. Justeru, pelaksanaan dan dasar Islam itu mesti diteruskan.

“Ingat, sudah tidak ada masa untuk kita berdebat ini negara sekular kerana telah terbukti ini negara Islam. Jangan lagi ragu-ragu untuk sebut Malaysia negara Islam,” katanya. – ismaweb

Rakaman – https://www.youtube.com/watch?v=xzRqB72d5as

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *