home Semasa Bagaimana negara Islam Andalusia dijatuhkan?

Bagaimana negara Islam Andalusia dijatuhkan?

 

ANDALUSIA merupakan tanah air umat Islam yang telah dibuka oleh Tariq bin Ziyad pada tahun 711, negara Islam telah tertegak di tanah ini selama 781 tahun sehinggalah dihancurkan pada tahun 1492.

Sejarah Islam Andalusia berakhir apabila tumbangnya Kota Granada ke tangan Raja Ferdinand V, Raja Kristian Sepanyol ketika itu. Permulaan kejatuhan Granada apabila satu-satunya raja Islam yang tinggal di Andalusia setelah semua kerajaan Islam dihancurkan iaitu Sultan Muhammad bin Yusuf bin Al-Ahmar memeteraikan perjanjian dengan Raja Ferdinand III yang dinamakan Perjanjian Jaen pada tahun 1246 kerana tiada pilihan lain disebabkan kota Granada sudah dikepung tentera Kristian.

Perjanjian ini telah menyebabkan Sultan Ibn Al-Ahmar kehilangan wilayah Jaen, Arjona, Porcuna, Priego, Higuera dan La Frontera dan hanya memiliki Granada di bawah penguasaannya. Baginda juga terpaksa membayar ufti kepada Raja Ferdinand III sebagai jaminan keselamatan.

Dalam tempoh 246 tahun selepas itu tentera Kristian telah melanggar perjanjian dengan menyerang umat Islam hinggalah pada tahun 1492, Sultan Abu Abdullah yang merupakan raja terakhir Granada telah mengaku kalah dan menyerahkan Granda kepada tangan Raja Ferdinand V. Selepas kejatuhan itu umat Islam di Granda dibunuh secara beramai-ramai.

Rujukan: At-Tarikh Al-Andalusi oleh Dr Abd Rahman Ali Al-Haji

Ustaz Ahmad Nu’man Mazlan

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *