home Semasa Elak tindakan bangkit sensitiviti kaum, agama: Polis

Elak tindakan bangkit sensitiviti kaum, agama: Polis

 

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihati semua pihak supaya tidak melakukan tindakan yang boleh membangkitkan sensitiviti perkauman atau keagamaan ekoran insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ25, Subang Jaya dekat sini pada bulan lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya akan terus mengambil langkah-langkah keselamatan sewajarnya bagi memastikan kesejahteraan masyarakat terjamin.

Menurut beliau, ini bagi mengelakkan dari tercetusnya situasi ketidaktenteraman awam dalam kalangan masyarakat di negara ini.

“Siasatan lanjut akan diselaraskan mengikut peruntukan seksyen yang telah dipinda daripada Seksyen 307 Kanun Keseksaan (KK) kerana cubaan membunuh kepada Seksyen 302 KK kerana membunuh.

“Saya mewakili seluruh warga PDRM menzahirkan rasa dukacita dan takziah kepada keluarga Muhammad Adib. Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan yang besar dan akan terus dikenang sebagai seorang wira kerana telah mempertaruhkan nyawa demi keselamatan dan ketenteraman awam,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Mohamad Fuzi, semoga keluarga dan rakan sepasukan Muhammad Adib tabah dalam menghadapi ujian ini.

“Sama-samalah kita berdoa moga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh,” katanya. – Utusan Malaysia

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *