home Semasa Kempen lima bulan Malaysia Negara Islam bermula hari ini

Kempen lima bulan Malaysia Negara Islam bermula hari ini

 

KUALA LUMPUR – Kempen ‘Malaysia Negara Islam’ selama lima bulan dilancarkan pagi ini dengan kehadiran lebih 200 peserta merangkumi pelbagai pihak, terutama pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Kempen anjuran Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana, bermatlamat memperkasa kedudukan Malaysia sebagai negara Islm, di samping mencakna ummah agar bersatu padu ke arah pemerkasaan itu.

Ketua Urusetia kempen, Nor Aizat Rahimi berkata, kempen yang julung kali diadakan ini adalah kesinambungan kepada konvensyen terdahulu yang dijayakan Isma, iaitu Konvensyen Pertahankan Wilayah Islam (PERTIWI) pada 24 November lalu.

Beliau berkata, matlamat utama kempen kali ini ialah menggerakkan kesedaran di tanah air bahawa Malaysia hakikatnya adalah negara Islam, sekali gus menolak dakwaan dan usaha terancang sesetengah pihak yang ingin mengubah landskap sosio-politik tanah air sebagai negara sekular.

Kemuncak kempen yang akan berlangsung selama lima bulan ini, katanya, ialah pengumpulan satu juta tandatangan umat Islam seluruh negara, untuk diserahkan bersama memorandum pernyataan hasrat rakyat, bahawa Malaysia mesti dipertahankan sebagai negara Islam, kepada Yang Dipertuan Agung.

Katanya, seramai 170 peserta telah mendaftar bagi menyertai kempen, dan dijangka jumlah kehadiran sekitar 200 orang.

Katanya, setiap cawangan Isma di seluruh negara akan menyambut gerakan yang dilancar ini, bersama NGO Islam yang lain, parti politik dan rakyat Malaysia.

Beberapa tokoh tersohor akan menyertai sesi dialog, termasuk Tan Sri Abu Zahar Ujang (bekas Yang Dipetua Dewan Negara); Datuk Mohd Noor Abdullah (bekas Hakim Mahkamah Rayuan); Dr Sanusi Azmi (Timbalan Pengerusi Majlis Ulama Isma) serta peguam merangkap aktivis, Aidil Khalid. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

2 thoughts on “Kempen lima bulan Malaysia Negara Islam bermula hari ini

  1. KAMI MEYOKONG GERAKAN MEMERTABATKAN ISLAM DINEGARA TERCINTA INI MENGASINGKAN ISLAM DARI PEMERINTAHAN NEGARA BERARTI MEREKA MEMERANGGI ISLAM YG TERMAKTUB DLM PERLEMBAGAAN NEGARA ISLAM NEGARA RESMI DAN SULTAN PAYUNG AGAMA DAN RAKYAT

  2. Saya sokong kempen ini,kenapa 6 bulan sahaja sepatut nya berterusan setahun atau selamanya atau sehingga berjaya! Wbagaimanapun Syabass diucapkn.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *