home Semasa Al-Kahfi: Pemuda yang menyelamatkan aqidah

Al-Kahfi: Pemuda yang menyelamatkan aqidah

 

1. Rasulullah berpesan kepada kita supaya sentiasa membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat. Sabda Rasulullah:

من قرأ سورة الكهف يوم الجمعة أضاء له من النور ما بينه وبين البيت العتيق

“Barangsiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari jumaat, Allah akan memberikannya cahaya yang meneranginya sehingga ke Baitil Atiq (dilangit). (HR al-Nasa’i.)

(Sebahagian hadith tentang perkara ini dihukumkan sebagai daif, namun menurut Sheikh Bin Baz, terdapat riwayat yang sahih menceritakan amalan Ibn Umar yang konsisten membacanya setiap hari jumaat).

2. Surah al-Kahfi ini mengingatkan kita tentang perjuangan sekumpulan pemuda yang menyelamatkan iman mereka dari pemerintah yang zalim. Al-Quran mengingatkan kepada kita bahawa pemuda yang berusaha menyelamatkan iman dan aqidah mereka, Allah akan memelihara urusan mereka. Lihatlah bagaimana Allah mengekalkan jasad mereka dalam tempoh ratusan tahun, kemuliaan yang Allah kurniakan buat mereka.

3. Menurut al-Imam al-Sa’di, Allah turut akan mempermudahkan urusan doa mereka yang sentiasa memelihara aqidah. Lihatlah bagaimana Allah memperkenankan dia pemuda kahfi ini di dalam doa mereka. Firman Allah:

إِذْ أَوَى الْفِتْيَةُ إِلَى الْكَهْفِ فَقَالُوا رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً

“Dan ketika mana kumpulan pemuda itu memasuki gua itu, mereka berdoa, wahai Tuhan kami, berikanlah kami rahmat.”

4. Allah akan mengurniakan rahmat buat mereka yang sentiasa memelihara perihal aqidah mereka.

Semoga Allah membimbing kita semua.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *